Majlis Pimpinan Tertinggi Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

  1. Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung.
  2. Keanggotaan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU terdiri daripada :
    1. Pengerusi
    2. Presiden
    3. Timbalan Presiden
    4. 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada
    5. Setiausaha Agung
    6. Bendahari Agung
    7. Ketua Penerangan
    8. Tidak lebih daripada 15 orang yang dipilih dalam Perhimpunan Agung
    9. Tidak lebih daripada 7 orang yang dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti
    10. 6 orang wakil sayap-sayap parti iaitu 3 orang dari Srikandi dan 3 orang dari Armada
  3. Pengerusi parti, Presiden parti, Timbalan Presiden, tiga (3) orang Naib Presiden dan lima belas (15) orang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah dipilih dalam Perhimpunan Agung tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.
  4. Ketua Srikandi, Ketua Armada dan enam (6) orang wakil sayap menurut Fasal 13.2.10 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hendaklah dipilih dalam Persidangan sayap masing-masing tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.
  5. Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah mendaftarkan dirinya dan pernah memegang mana-mana jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Srikandi Pusat, Ahli Jawatankuasa Armada Pusat atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu (1) penggal.
  6. Pengerusi parti dan Presiden parti tidak boleh memegang jawatan masing-masing lebih daripada tiga penggal, samada secara berturut-turut atau berasingan.
  7. Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti dan mereka memegang jawatan selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau diberhentikan.
  8. Tanggungjawab Majlis Pimpinan Tertinggi :
    1. Menjalankan semua ketetapan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung.
    2. Membentangkan kepada Perhimpunan Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira Tahunan yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.
    3. Menubuhkan Badan Pimpinan Negeri dan, tertakluk kepada kelulusan Pendaftar Pertubuhan, menubuhkan Bahagian dan Cawangan menurut Fasal 13 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
    4. Menentukan taraf keahlian seorang ahli samada menggantung atau melucutkan keahlian setelah melalui prosedur dan tatacara disiplin menurut Fasal 23 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
    5. Membuat Peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta peraturan untuk melaksanakan, mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat dan menubuhkan jawatankuasa kecil yang lain.
    6. Menetapkan tarikh Persidangan Bahagian dan Perhimpunan Agung.
    7. Melantik Pemegang Amanah bagi harta dan wang parti dan memberhentikannya pada bila-bila masa.
    8. Membuat apa-apa peraturan mengenai kewangan parti bagi menjamin ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan.
    9. Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa membuat peraturan mengenai perkara-perkara yang tidak dinyatakan dengan khusus di dalam Perlembagaan ini asalkan ia tidak bercanggah dengan peruntukan nyata Perlembagaan ini termasuk dan tidak terhad kepada peraturan-peraturan mengenai pemilihan, kelayakan calon-calon yang bertanding dan peraturan Tetap Persidangan Perwakilan.
  9. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dipengerusikan oleh Pengerusi parti dan pada masa ketiadaannya boleh dipengerusikan oleh Presiden parti. Semasa ketiadaan Pengerusi parti dan Presiden parti, Timbalan Presiden boleh mempengerusikan mesyuarat dan semasa ketiadaan Pengerusi parti, Presiden parti dan Timbalan Presiden, salah seorang Naib Presiden boleh mempengerusikan mesyuarat.
  10. Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam dua (2) bulan pada tarikh yang ditetapkan oleh Pengerusi parti.
  11. Cukup bilang bagi mesyuarat ialah satu perdua (1/2) daripada jumlah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...